Jumaat, 2 Mac 2012

Kek Marble


Ptg2 cam gini..kalau dpt makan kek panas2 sedap jugakkan..hrmmm..nak buat kek skrg, bahan2nya nggak ada lagi..so, google cari resepi kek yg simple2 dulu..

Kek Marble

Bahan-bahan ( 20cm )

  • Bahan A
  • 250gm butter
  • 40gm marjerin
  • 210gm gula kastor/halus
  • 5 biji telur ayam (dila guna gred B)
  • Bahan B
  • 230gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 30gm serbuk koko
  • 80ml fresh milk/susu segar

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula sehingga betul-kembang.
  2. Kemudian masukkan telur, sebiji demi sebiji sehingga habis. Diikuti dengan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar.
  4. Pukul lagi adunan tadi sehingga betul-betul sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambahkan dengan serbuk koko satu bahagian lagi biarkan warna asal.
  6. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
  7. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  8. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
  9. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.