Khamis, 3 Mei 2012

Mendaki Menara Taming Sari Di Melaka

Kami anak-beranak, kalau nak bercuti sekejap-sekejap ( cuti yg amik masa sehari..xyah bermalam..) biasanya kami memilih Melaka…salah satu sbbnya kerana,
1) Melaka dkt ngnMuadzam..kira2 3 jam perjalanan,
2) banyak tempat boleh pegi..
3) Tempat2 menarik dekat2..x yah drive jauh2 utk pegi ke satu2 tempat..
4) kos nya murah..nak masuk ke satu2 tempat x mahal sgt..
haaa...ok x sebab musabab kami memilih melaka..( nampak gaya boleh jadi duta pelancongan melaka nih..!!)

So, salah satu tarikan kt Melaka ni  ialah Menara Taming Sari.  Menara ni agak tinggi, kira-kira 110 meter..agak-agak setinggi bangunan baper tingkat yer… 

Bayaran nak masuk kt sini agak berpatutan, kira ok la dgn bajet kami iaitu RM20 utk kami yg dewasa ni dan sepuluh hinggit sorang utk anak2 kami..tapi kami dapat diskaun sbb pemegang Mykad,dpt diskaun!
Sebelum naik….main bubble dulu…!!

Menara ni dibuka dr pukul 10.00 pagi hingga 10.00 mlm…tapi disebabkan kami anak-beranak nak tgk panorama mlm ktMelaka, so kami pilih utk “mendaki” menara ni pada waktu malam…
Pandangan dr ketinggian yg x berapanak tinggi.baru start naik..
Antara pemandangan menarik yg menarik perhatian para pengunjung lelaki....
Pandangan Bandaraya Melaka dr puncak menara..sorry gambar kurang sharp...maklumlah photographer amatur...!

Masih mampu tersenyum walaupun cuak....Balqis berkeadaan cuak melampau...!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan