Rabu, 16 Mei 2012

MPV pilihan..Ermmm..yg mana satu ya??

Bila bilangan ahli dah bertambah ni..aku rasa dah tiba masanya utk kami sekeluarga berkenderaan baru..almaklumlah..kami skrg dh berenam..so, mmg kena at least 6 seaters..!!!

Berckp pasal kenderaan baru, of course kitorg target MPV...dan my dream MPV of course la..tarrraaa...
TOYOTA ESTIMA...!!!

Tapikan, harus diakui, first thing first yg perlu difikirin ialah rega dia kannnn...kenalah ukur baju di badan sendiri..dan juga harus diakui..estima ni mmg x padan dgn ukuran aku..terlebeyyy sudaa...

So, bila memikirkan yg estima berada di liga EPL, sedangkan aku kat Liga Piala Malaysia jer..terpaksalah aku lupakan seketika my dream MPV tuh..seperkara utama, MPV yg aku nak tu mestilah berdasarkan kriteria2 seperti di bawah..chewwaahh; antaranya ialah:
  1. Harga  :  seperti yg aku ckp tadikan, harganya mestilah bepadanan dgn bajet aku..dgn jaminan, setiap bulan x miss
  2. Ruang  : Mestilah luas, selesa dan mampu memuatkan kami 6 beranak + luggage..brg banyak dowh.. 
  3. Penjimatan minyak : mestilah pada tahap optima, sbb kami biasa jln jauh..nak balik kg pun jauh ooo..kedah-kelantan-muadzam..beratus2 batu tu..
Bila dok survey2 tuh...diselidik, ditelaah dan ditimbangcongak..adalah 3 MPV yg kami listkan..

1. EXORA BOLD

2. TOYOTA INNOVA

3. NISSAN GRAND LIVINA

ok...nnt aku update entry setiap satu MPV ni...siap dgn spect/pro-konts/personal preview lagi..huhu..lps ni agak2 boleh jadi salesman keta kot..

16 Mei 2010- selamat hari pendidik

Guru, satu karier yg sgt dekat di hati..bapaku adalah guru, 3 org kakakku adalah guru, adikku adalah guru..kiranya kerjaya guru amat sinonim dlm hidup aku..

Kini, sudah 12 tahun aku berkongsi rasa, jiwa dan cinta dgn org tersayang..suami ku yg juga seorang guru...

Cikgu..selamat hari guru..!!


Selasa, 15 Mei 2012

just a reminder for me..!!!

Menyinggah di Pantai Tanjung Sepat

Hari tu encik asben saja nak tukar angin, dari Kuantan nak balik muadzam tak lalu jalan biasa..kalau biasa kita akan melalui gambang dan terus ke laluan lebuhraya ( lebhraya la sgttt..) Kuantan-Segamat..tapi kali ni encik asben nak bawa kami jalan2 balik muadzam melalui Pekan.
Dalam laluan pekan, kami pun menyinggah la sekejap kat Pantai Tanjung Sepat.
Keindahan pantai tanjung sepat

Tanjung Sepat atau lebih dikenali sebagai Pantai Sepat merupakan sebuah kampung Melayu biasa yang terletak kira-kira 10 km dari Kuantan dan terletak di selatan bandar diraja Pekan. Dari Kuantan, ia boleh dicapai melalui Jalan Abu Bakar 183 dan merupakan satu cara alternatif untuk ke bandar diraja Pekan. Pantai yang mencerun ke laut untuk beberapa meter dan kemudian tiba-tiba jatuh dalam, pantai di Pantai Sepat kelihatan seperti curam sangat dalam ke laut. Pantai ini terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat yang tenang.
Pemandangan pokok rhu dikiri kanan jalan amat mendamaikan.

pantai..!!kalaulah boleh mandi..best nih..
Suasananya pun amat tenang..anak2 boleh bermain dgn selesa...
Seperti biasa, adam tgh mengutip speciment utk dibuat kajian

Balqis main2 pasir

Lovely Syasya tulis2 nama kt pasir

Papa & Balqis sama2 excited dpt main pasir

Papa sentiasa ada gaya, mutu & keunggulan...

Dah penat main, kitorg dah nak balik..lenkali kena bawak tikar ngan bakul piknik..boleh berkelah kt sini..

Menyusuri Sungai Bersejarah, Sungai Melaka

Sungai Melaka pada suatu ketika dulu merupakan antara sungai ter'buzy' dan terfemes di dunia..ini kerana sungai ni menjadi laluan utama pedagang2 seluruh dunia..kira taraf world la...boleh dibayangkan betapa sungai ni dulu jem dgn kapal2 pedagang, nasib baik jer xder tol cam highway skrg...


so, utk mendalami sejarah sungai melaka ni, saya & suami telah membawa anak2 menyusuri keindahan sungai ni pada cuti sekolah yg lps, sementelah ianya telah menjadi satu tarikan baru kt melaka..Kalau dulu, sebelum2 ni, sungai ni lesu jer, lemah dimamah sejarah..tapi sekarang mmg cukup meriah,penuh warna warni disimbahi cahaya.


Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka daripada Taman Rempah Melaka hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot ini akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Mengikut statistik lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.
Eye on Melaka dr sungai Melaka pd waktu malam

Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam pula sangat menarik di mana hampir sepanjang perjalanan, jalan-jalan di tepi Sungai Melaka dihiasi dengan  keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah merentasi sungai. Tidak hairanlah Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.
Lampu biru..!

Abon pun ada sbg pengacara kt jeti sungai sblm naik cruise..masa ni abon blm menang maharaja lawak mega lagi..apalagi, balqis ngn papa pun ambil peluang bergambar..
Suasana meriah atas bot..penuh ngan budak sekolah..saya berbaju hitam..terasa muda dikelilingi students!

Rewang beramai2 ke Cameron-5/2/2012

Semasa hantar draf dissertation pada 5hb Feb 2012, aku sekeluarga menumpang kt umah adikku  aka cik sue  kt Gombak..tup2 masa kitorg dh selesai semua urusan, cik sue ajak kitorg join cik sue sekeluarga + adik ipar cik sue sekeluarga + sepupu suami cik sue sekeluarga makan angin, so kami pun apalagi.. merewanglah ke Cameron..
 Papa memulakan perjalanan dgn senyuman..
Di sepanjng perjalanan, kiri kanan jalan kita akan tgk ramai pengusaha org asli berjualan

Lagi gerai kraf org asli
Setelah menempoh perjalanan yg agak mencabar..sat naik bukit, sat turun bukit..kami merasa agak lega bila tgk signboard nih..
Yea..Dah nak dekat dah

Balqis pun dah x sabar
Akhirnya kami sampai juga..Destinasi pertama adalah Ladang Teh Bharat..

Sebahagian ahli rombongan..!
Kemudian, kami ke stroberi park pulak..Makan-makan stroberi..hrmm sedappp..!!

Ada stroberi coklat..faveret papa..aiskrim malaysia perisa 100% stroberi..nyumm..nyumm..

Lepas tu, tanpa membuang masa, kami  cepat2 pulak ke cactus point...kami tak dpt lama kt satu2 tempat sbb kami  x nak bermalam kt sini, ingat petang tu jgk nak turun balik muadam..
Kt kaktus point..syasya macam biasa..akan jadi model papa...

Dah petang, kami singgah kejap kt taman rama-rama..taman ni bukan aja ada rama2, tapi juga pelbagai spesis serangga..
Antara spesis rerama..
Waa..papa..cayalah..amacam yg lain..ada berannn???
sebenarnya, byk lagi gambar2menarik..tapi sbb internet slow sgt xleh upload..
Dah pukul 5, kami kena balik dulu, sbb esok adam, syasya, balqis ngan papa nak kena pegi sekolah!!

Balqis Turns 5!


15hb Mei adalah tarikh kelahiran Balqis..jadi, tahun ni, Balqis dah LIMA tahun..!!!

Seperti biasa,persiapan menyambut hari lahir Balqis biasa-biasa saja...hanya sambutan secara internal, tak der lah menjemput org luar beria..sambutan hanya dikalangan keluarga jer la..yg penting meriah dan anak2 rasa diorg dihargai & disayangi..
Kek utk kawan2 sekelas di tadika al hira’ serta goodies beg sebanyak 35 beg juga disediakan..alamak..terlupala pula nak snap goodies beg tuh..gambar kek jer la..

Background birthday party balqis!
Ada props lagi..

Jajan pun ada jugak
...Background keseluruhan party..hasil kreativiti kami sekeluarga..

Balqis..si birthday girl

HAPPY BIRTHDAY BALQIS..!!


...13 Mei 2012...Selamat Hari Mama!

Ibu..ibu..engkaula ratu hatiku...
Setiap 13 Mei mmg menjadi satu kemestiaan bagi suami dan anak2ku meraikan hari tersebut..Biasanya suami akan bawa makan2 kt luar, dan anak2 akan sibuk menghabiskan duit papa diorng...shopping hadiah utk mama!

Tapi tahun ni, disebabkan bertembung dgn konvo ku pada 12hb ( sehari sebelumnya) maka, sambutannya sedikit kelam kabut..tak der la beria sgt..

So, on the way balik konvo tu, kitorang singgah Giant Senawang kejap, cari kek..ingat nak kek SR, tapi sbb susah nak cari parking area situ, tambahan kami nak berenti makan kt giant + beli pampers baby + papa nak basuk keta, so kitorang beli kat King’s..
 
Alang2 lalu Bahau, jadi kami pun decide nak sambut ngan kazen kami yg kat Bahau..Siti Fatimah, isteri kpd kazen asben..dia pun ibu kpd 2 anak comels..so, singgah umah dia dan kebetulan jiran sebelah umah dia pun ada, so kami bertiga pun sambut sesama..
Buah kuinin pun ada..side dessert.!
Bestnya sambut hari ibu kt bahau..cam main pondok2 pulak..!!

Ahad, 13 Mei 2012

12/5/2012 My Big Day!

Hari konvo...erm..rasanya walaupun aku dah tua dan agak terlambat utkku meraikan master, rasanya i deserve to feel very proud of myself sbb akhirnya berjaya jgk menggenggam master..walaupunpada umur 35!!

sebenarnya rasa ralat masih ada sbb x dpt anugerah sarjana cemerlang, padahal sipi2 jer lagi..tapi nak buat camner, dah xder rezeki...nnt aku akan cuba update ntry perjalananku mencapai master ni..

Thanks yg x terhingga buat MIL & FIL sbb dlm keuzuran masa dan tenaga, masih sempat menghadiri majlis konvekesyenku ini..
thanks pada my lovely hubby & my most adorable kids for all your support !