Selasa, 19 Jun 2012

Grandis...x sabar nak test drive...




 
Price:
RM 84,000.00 (Negotiable)
 
<>
<>
Specification
Condition
Used
Make
Mitsubishi
Model
GRANDIS
YM/YR
2005 / 2005
Body Style
MPV/MUV
Capacity (cc)
2400
Transmission
Auto
Mileage
75688
No of Owner
1


Seller's descriptions
Accessories: CD Player, Leather seats, Airbag
driver, Airbag passenger, ABS Brakes, Sport rims,
Alarm, Central lock, Adjustable steering

1 Careful owner
100 % accident free
7 Seater
Leather seat
Low mileage
Clean interior
Very well maintained
Tip-top
Excellent condition
Must view
Warranty provide after delivery
Low interest rate
Price nego
AH LEK 016-2156995




Sabtu, 16 Jun 2012

Mitsubishi grandis..satu lagi pilihan..

ada lagi satu pilihan untuk mitsubishi grandis....
yang ni warna silver pulak..mengancam kan...
Make:Mitsubishi
Model:Grandis
Year:2003
Transmission:Auto
Mileage (km):N/A
Ref ID:707437
Location:Johor
Posted:03/05/2012
Updated:06/06/2012

tapi lokasinya kat JB la pulak...
boleh tahannnn...

Description:Great Deal!

* Genuine Dealer
* High Trade In
* Tip Top Condition
* Well Maintained
* Nice Interior



Rabu, 13 Jun 2012

Mitsubishi Grandis..next target????

Mitsubishi grandis...mb our next target??
pandangan dari sisi belakang..
ni pulak sebahagian dari interior..yg depan jer lah..

hrmmm...mcmn pulak dgn spec dia ya...
MITSUBISHI GRANDIS 2.4 (A) - 2003/2005

Make:
Mitsubishi
Model:
Grandis
Year:
2003
Transmission:
Auto
Mileage (km):
100,000
Ref ID:
723345
Location:
Selangor
Posted:
27/05/2012
Updated:
04/06/2012




harga???
RM 85,600.00
Mr. sales man...condition nya ok tak ya..??

Description:Great Deal!

* Genuine Dealer
* High Trade In
* Tip Top Condition
* Well Maintained
* Nice Interior
* Careful Owner
* Low Mileage
* 100% Accident Free

nampak gayanya nak kena gi test drive ni...take note dia punya contact person..









Jumaat, 8 Jun 2012

MPV pilihan ke-3..INNOVA...

Sebenarnya.sejujur2nya..saya xder la berminat sgt ngan MPV Innova ni..dia mcm outdated sikit kan..mcm kereta oldschool gitu..gaya org2 tua..tapi anak2 ckp suka ngan MPV n..bukannya apa, besar gedabak kata diorg, nnt bolehla diorg main nyorok2 dlm keta ni sambil papa drive balik kg.

seat  belakang boleh dilipat..

Hensem x Innova ni dr belakang?? Hrmmm..boleh la tahan..hensem cara org tua..

tapikan..frankly speaking...saya sebenarnya kurang berkenan sgt ngan keta ni..masukkan dlm listwish i pun, saja nak jaga hati anak2..wah..boleh gitu??

Isnin, 4 Jun 2012

sekarang..masa utk Grand Livina la pulak...

ha..masih ingat tak entry saya pasal MPV idaman? yg saya masukkan dlm senarai wishlist saya..sesuatu yg perlu dibeli tahun ini!

sekarang saya nak citer pulak MPV kedua yg termasuk dlm wishlist MPV...Grand Livina...
MPV ni mmg nampak Grand..se Grand namanya..chewah..pada saya la..pada org lain mb nampak buruk..bak kata suami saya..nampak penyet..tapi bagi saya., MPV ni sgt ladies..nmpk sgt wanita..hee..hee...MPV pun ada gender ker??tetibe..

dan pastinya..Grand Livina putih adalah idaman..!

Tengok, betapa selesanya interior nya..terasa mcm boleh dibuat sbg tempat kediaman pulak...

Bootnya pun besar..amat sesuai sbg teman membeli belah anda...

Harganya pun boleh tahan...xder lah beratus riban kan..affordable lah kiranya

    Nissan Grand-Livina

    MPV

    VariantBodytypePrice
    1.6L (M) ComfortMPVRM 86,814
    1.6L (A) ComfortMPVRM 89,814
    1.8L (A) ComfortMPVRM 98,815
Tapikan yg x syoknya, ramai jgk yg komen keta ni kecik sgt..pastu seat belakang hanya utk kanak2 jer..org dewasa bersaiz besar mmg x digalakkan..

So, mcmn ya..Grand Livina kah??

Ahad, 3 Jun 2012

Kedamaian tasik di Taman Gelora mendamaikan jiwa

Taman Gelora yang terletak berdekatan Tanjung Api di sini sememangnya menjadi lokasi tumpuan warga bandar Kuantan untuk menjalankan aktiviti senaman atau sekadar bersantai bersama keluarga. Tidak hairanlah kalau anak2 ku mmg cukup suka singgah kt taman ni kalau kami ke Kuantan.

Kat belakang tasik ni ada laut..

Terletak bersebelahan pantai, Taman Gelora bukan sahaja menyajikan pemandangan indah, malah angin laut mewujudkan suasana damai sekali gus menjadikan aktiviti senaman tambah menyeronokkan, tambah pulak ada pelbagai kemudahan senaman yang disediakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), maka tidak hairanlah jika ribuan warga bandar ini mengunjungi taman rekreasi itu pada setiap hari, pagi dan petang. Bagi Malah  yang gemar aktiviti berbasikal, mereka  juga  menjadikan taman itu sebagai lokasi kayuhan santai bagi mengeluarkan peluh.
Nampak tak jogging trek kt belakang kitorg?

Suasana di Taman Gelora bertambah meriah pada setiap hujung minggu apabila banyak pihak menganjurkan aktiviti senaman berkumpulan seperti tai chi, poco-poco dan berjoging.Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga gemar menjadikan Taman Gelora sebagai lokasi aktiviti perkhemahan kerana persekitarannya yang bersih dan selamat. Lokasinya yang dikelilingi pokok rhu juga menyajikan landskap menarik dan sesuai untuk sebarang aktiviti kekeluargaan.

Kat sini, kita  bukan sahaja melakukan boleh melakukan aktiviti riadah malah pada masa sama juga boleh mandi di pantai berhampiran sekali gus dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, tapi kitorg tak berani lah kan nak bermandi manda kat pantai..

Tidak terkecuali deretan gerai makanan berhampiran yang menyajikan pelbagai hidangan enak turut menambahkan tarikan pengunjung untuk ke taman itu

Jumaat, 1 Jun 2012

Exora...kereta idaman???

Bila dah menambah bilangan ni, mmg terus terang saya mmg berhajat sgt nak bertukar kepada sebuah kenderaan yg mampu memuatkan kami enam beranak, bersama-sama luggage kami bila balik kg...
Rasanya perjalanan panjang kdg2 sehari semalam mesti lebih tenang kalau ada kenderaan 7 seaters kan..
so, dlm dok survey2 tu...mcm dlm n3 lps, mmg sy tekankan keselesaan dan penjimatan..bila ckp pasal jimat, semestinya jimat dr segi bayaran bulanan, maintenance dan jugak minyak kan...


Antara MPV pertama..mestilah Exora..harganya boleh tahan affordable, reka bentuk pun agak menarik, yg penting dia besar...
so..masih lagi dlm dilemma nak pilih yg mana satu..tapi ramai gak yg complaint, diorg ckp exora ni underpower..mcm gajah gemok naik bukit..lagi satu, cermin dia cepat rosak...apa2pun harganya mmg berpatutan..dan mampu dibayar..

VariantBodytypePrice
1.6 B-Line (M)MPVRM 58,998
1.6 M-Line (M)MPVRM 65,998
1.6 M-Line (A)MPVRM 70,998
1.6 H-Line (A)MPVRM 76,998
1.6 Bold (M)MPVRM 67,212
1.6 Bold (A)MPVRM 72,212
1.6 Bold Premium (A)MPVRM 80,012
1.6 Prime Premium (A)MPVRM 88,998
1.6 CPS (M)MPVRM 60,012
1.6 Prime CFEMPVRM 89,012


so amacam??? ok x Exora???

Rabu, 16 Mei 2012

MPV pilihan..Ermmm..yg mana satu ya??

Bila bilangan ahli dah bertambah ni..aku rasa dah tiba masanya utk kami sekeluarga berkenderaan baru..almaklumlah..kami skrg dh berenam..so, mmg kena at least 6 seaters..!!!

Berckp pasal kenderaan baru, of course kitorg target MPV...dan my dream MPV of course la..tarrraaa...
TOYOTA ESTIMA...!!!

Tapikan, harus diakui, first thing first yg perlu difikirin ialah rega dia kannnn...kenalah ukur baju di badan sendiri..dan juga harus diakui..estima ni mmg x padan dgn ukuran aku..terlebeyyy sudaa...

So, bila memikirkan yg estima berada di liga EPL, sedangkan aku kat Liga Piala Malaysia jer..terpaksalah aku lupakan seketika my dream MPV tuh..seperkara utama, MPV yg aku nak tu mestilah berdasarkan kriteria2 seperti di bawah..chewwaahh; antaranya ialah:
  1. Harga  :  seperti yg aku ckp tadikan, harganya mestilah bepadanan dgn bajet aku..dgn jaminan, setiap bulan x miss
  2. Ruang  : Mestilah luas, selesa dan mampu memuatkan kami 6 beranak + luggage..brg banyak dowh.. 
  3. Penjimatan minyak : mestilah pada tahap optima, sbb kami biasa jln jauh..nak balik kg pun jauh ooo..kedah-kelantan-muadzam..beratus2 batu tu..
Bila dok survey2 tuh...diselidik, ditelaah dan ditimbangcongak..adalah 3 MPV yg kami listkan..

1. EXORA BOLD

2. TOYOTA INNOVA

3. NISSAN GRAND LIVINA

ok...nnt aku update entry setiap satu MPV ni...siap dgn spect/pro-konts/personal preview lagi..huhu..lps ni agak2 boleh jadi salesman keta kot..

16 Mei 2010- selamat hari pendidik

Guru, satu karier yg sgt dekat di hati..bapaku adalah guru, 3 org kakakku adalah guru, adikku adalah guru..kiranya kerjaya guru amat sinonim dlm hidup aku..

Kini, sudah 12 tahun aku berkongsi rasa, jiwa dan cinta dgn org tersayang..suami ku yg juga seorang guru...

Cikgu..selamat hari guru..!!


Selasa, 15 Mei 2012

just a reminder for me..!!!

Menyinggah di Pantai Tanjung Sepat

Hari tu encik asben saja nak tukar angin, dari Kuantan nak balik muadzam tak lalu jalan biasa..kalau biasa kita akan melalui gambang dan terus ke laluan lebuhraya ( lebhraya la sgttt..) Kuantan-Segamat..tapi kali ni encik asben nak bawa kami jalan2 balik muadzam melalui Pekan.
Dalam laluan pekan, kami pun menyinggah la sekejap kat Pantai Tanjung Sepat.
Keindahan pantai tanjung sepat

Tanjung Sepat atau lebih dikenali sebagai Pantai Sepat merupakan sebuah kampung Melayu biasa yang terletak kira-kira 10 km dari Kuantan dan terletak di selatan bandar diraja Pekan. Dari Kuantan, ia boleh dicapai melalui Jalan Abu Bakar 183 dan merupakan satu cara alternatif untuk ke bandar diraja Pekan. Pantai yang mencerun ke laut untuk beberapa meter dan kemudian tiba-tiba jatuh dalam, pantai di Pantai Sepat kelihatan seperti curam sangat dalam ke laut. Pantai ini terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat yang tenang.
Pemandangan pokok rhu dikiri kanan jalan amat mendamaikan.

pantai..!!kalaulah boleh mandi..best nih..
Suasananya pun amat tenang..anak2 boleh bermain dgn selesa...
Seperti biasa, adam tgh mengutip speciment utk dibuat kajian

Balqis main2 pasir

Lovely Syasya tulis2 nama kt pasir

Papa & Balqis sama2 excited dpt main pasir

Papa sentiasa ada gaya, mutu & keunggulan...

Dah penat main, kitorg dah nak balik..lenkali kena bawak tikar ngan bakul piknik..boleh berkelah kt sini..

Menyusuri Sungai Bersejarah, Sungai Melaka

Sungai Melaka pada suatu ketika dulu merupakan antara sungai ter'buzy' dan terfemes di dunia..ini kerana sungai ni menjadi laluan utama pedagang2 seluruh dunia..kira taraf world la...boleh dibayangkan betapa sungai ni dulu jem dgn kapal2 pedagang, nasib baik jer xder tol cam highway skrg...


so, utk mendalami sejarah sungai melaka ni, saya & suami telah membawa anak2 menyusuri keindahan sungai ni pada cuti sekolah yg lps, sementelah ianya telah menjadi satu tarikan baru kt melaka..Kalau dulu, sebelum2 ni, sungai ni lesu jer, lemah dimamah sejarah..tapi sekarang mmg cukup meriah,penuh warna warni disimbahi cahaya.


Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka daripada Taman Rempah Melaka hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot ini akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Mengikut statistik lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.
Eye on Melaka dr sungai Melaka pd waktu malam

Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam pula sangat menarik di mana hampir sepanjang perjalanan, jalan-jalan di tepi Sungai Melaka dihiasi dengan  keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah merentasi sungai. Tidak hairanlah Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.
Lampu biru..!

Abon pun ada sbg pengacara kt jeti sungai sblm naik cruise..masa ni abon blm menang maharaja lawak mega lagi..apalagi, balqis ngn papa pun ambil peluang bergambar..
Suasana meriah atas bot..penuh ngan budak sekolah..saya berbaju hitam..terasa muda dikelilingi students!

Rewang beramai2 ke Cameron-5/2/2012

Semasa hantar draf dissertation pada 5hb Feb 2012, aku sekeluarga menumpang kt umah adikku  aka cik sue  kt Gombak..tup2 masa kitorg dh selesai semua urusan, cik sue ajak kitorg join cik sue sekeluarga + adik ipar cik sue sekeluarga + sepupu suami cik sue sekeluarga makan angin, so kami pun apalagi.. merewanglah ke Cameron..
 Papa memulakan perjalanan dgn senyuman..
Di sepanjng perjalanan, kiri kanan jalan kita akan tgk ramai pengusaha org asli berjualan

Lagi gerai kraf org asli
Setelah menempoh perjalanan yg agak mencabar..sat naik bukit, sat turun bukit..kami merasa agak lega bila tgk signboard nih..
Yea..Dah nak dekat dah

Balqis pun dah x sabar
Akhirnya kami sampai juga..Destinasi pertama adalah Ladang Teh Bharat..

Sebahagian ahli rombongan..!
Kemudian, kami ke stroberi park pulak..Makan-makan stroberi..hrmm sedappp..!!

Ada stroberi coklat..faveret papa..aiskrim malaysia perisa 100% stroberi..nyumm..nyumm..

Lepas tu, tanpa membuang masa, kami  cepat2 pulak ke cactus point...kami tak dpt lama kt satu2 tempat sbb kami  x nak bermalam kt sini, ingat petang tu jgk nak turun balik muadam..
Kt kaktus point..syasya macam biasa..akan jadi model papa...

Dah petang, kami singgah kejap kt taman rama-rama..taman ni bukan aja ada rama2, tapi juga pelbagai spesis serangga..
Antara spesis rerama..
Waa..papa..cayalah..amacam yg lain..ada berannn???
sebenarnya, byk lagi gambar2menarik..tapi sbb internet slow sgt xleh upload..
Dah pukul 5, kami kena balik dulu, sbb esok adam, syasya, balqis ngan papa nak kena pegi sekolah!!