Ahad, 3 Jun 2012

Kedamaian tasik di Taman Gelora mendamaikan jiwa

Taman Gelora yang terletak berdekatan Tanjung Api di sini sememangnya menjadi lokasi tumpuan warga bandar Kuantan untuk menjalankan aktiviti senaman atau sekadar bersantai bersama keluarga. Tidak hairanlah kalau anak2 ku mmg cukup suka singgah kt taman ni kalau kami ke Kuantan.

Kat belakang tasik ni ada laut..

Terletak bersebelahan pantai, Taman Gelora bukan sahaja menyajikan pemandangan indah, malah angin laut mewujudkan suasana damai sekali gus menjadikan aktiviti senaman tambah menyeronokkan, tambah pulak ada pelbagai kemudahan senaman yang disediakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), maka tidak hairanlah jika ribuan warga bandar ini mengunjungi taman rekreasi itu pada setiap hari, pagi dan petang. Bagi Malah  yang gemar aktiviti berbasikal, mereka  juga  menjadikan taman itu sebagai lokasi kayuhan santai bagi mengeluarkan peluh.
Nampak tak jogging trek kt belakang kitorg?

Suasana di Taman Gelora bertambah meriah pada setiap hujung minggu apabila banyak pihak menganjurkan aktiviti senaman berkumpulan seperti tai chi, poco-poco dan berjoging.Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga gemar menjadikan Taman Gelora sebagai lokasi aktiviti perkhemahan kerana persekitarannya yang bersih dan selamat. Lokasinya yang dikelilingi pokok rhu juga menyajikan landskap menarik dan sesuai untuk sebarang aktiviti kekeluargaan.

Kat sini, kita  bukan sahaja melakukan boleh melakukan aktiviti riadah malah pada masa sama juga boleh mandi di pantai berhampiran sekali gus dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, tapi kitorg tak berani lah kan nak bermandi manda kat pantai..

Tidak terkecuali deretan gerai makanan berhampiran yang menyajikan pelbagai hidangan enak turut menambahkan tarikan pengunjung untuk ke taman itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan