Selasa, 15 Mei 2012

Menyusuri Sungai Bersejarah, Sungai Melaka

Sungai Melaka pada suatu ketika dulu merupakan antara sungai ter'buzy' dan terfemes di dunia..ini kerana sungai ni menjadi laluan utama pedagang2 seluruh dunia..kira taraf world la...boleh dibayangkan betapa sungai ni dulu jem dgn kapal2 pedagang, nasib baik jer xder tol cam highway skrg...


so, utk mendalami sejarah sungai melaka ni, saya & suami telah membawa anak2 menyusuri keindahan sungai ni pada cuti sekolah yg lps, sementelah ianya telah menjadi satu tarikan baru kt melaka..Kalau dulu, sebelum2 ni, sungai ni lesu jer, lemah dimamah sejarah..tapi sekarang mmg cukup meriah,penuh warna warni disimbahi cahaya.


Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka daripada Taman Rempah Melaka hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot ini akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Mengikut statistik lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.
Eye on Melaka dr sungai Melaka pd waktu malam

Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam pula sangat menarik di mana hampir sepanjang perjalanan, jalan-jalan di tepi Sungai Melaka dihiasi dengan  keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah merentasi sungai. Tidak hairanlah Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.
Lampu biru..!

Abon pun ada sbg pengacara kt jeti sungai sblm naik cruise..masa ni abon blm menang maharaja lawak mega lagi..apalagi, balqis ngn papa pun ambil peluang bergambar..
Suasana meriah atas bot..penuh ngan budak sekolah..saya berbaju hitam..terasa muda dikelilingi students!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan