Selasa, 15 Mei 2012

Balqis Turns 5!


15hb Mei adalah tarikh kelahiran Balqis..jadi, tahun ni, Balqis dah LIMA tahun..!!!

Seperti biasa,persiapan menyambut hari lahir Balqis biasa-biasa saja...hanya sambutan secara internal, tak der lah menjemput org luar beria..sambutan hanya dikalangan keluarga jer la..yg penting meriah dan anak2 rasa diorg dihargai & disayangi..
Kek utk kawan2 sekelas di tadika al hira’ serta goodies beg sebanyak 35 beg juga disediakan..alamak..terlupala pula nak snap goodies beg tuh..gambar kek jer la..

Background birthday party balqis!
Ada props lagi..

Jajan pun ada jugak
...Background keseluruhan party..hasil kreativiti kami sekeluarga..

Balqis..si birthday girl

HAPPY BIRTHDAY BALQIS..!!


...13 Mei 2012...Selamat Hari Mama!

Ibu..ibu..engkaula ratu hatiku...
Setiap 13 Mei mmg menjadi satu kemestiaan bagi suami dan anak2ku meraikan hari tersebut..Biasanya suami akan bawa makan2 kt luar, dan anak2 akan sibuk menghabiskan duit papa diorng...shopping hadiah utk mama!

Tapi tahun ni, disebabkan bertembung dgn konvo ku pada 12hb ( sehari sebelumnya) maka, sambutannya sedikit kelam kabut..tak der la beria sgt..

So, on the way balik konvo tu, kitorang singgah Giant Senawang kejap, cari kek..ingat nak kek SR, tapi sbb susah nak cari parking area situ, tambahan kami nak berenti makan kt giant + beli pampers baby + papa nak basuk keta, so kitorang beli kat King’s..
 
Alang2 lalu Bahau, jadi kami pun decide nak sambut ngan kazen kami yg kat Bahau..Siti Fatimah, isteri kpd kazen asben..dia pun ibu kpd 2 anak comels..so, singgah umah dia dan kebetulan jiran sebelah umah dia pun ada, so kami bertiga pun sambut sesama..
Buah kuinin pun ada..side dessert.!
Bestnya sambut hari ibu kt bahau..cam main pondok2 pulak..!!

Ahad, 13 Mei 2012

12/5/2012 My Big Day!

Hari konvo...erm..rasanya walaupun aku dah tua dan agak terlambat utkku meraikan master, rasanya i deserve to feel very proud of myself sbb akhirnya berjaya jgk menggenggam master..walaupunpada umur 35!!

sebenarnya rasa ralat masih ada sbb x dpt anugerah sarjana cemerlang, padahal sipi2 jer lagi..tapi nak buat camner, dah xder rezeki...nnt aku akan cuba update ntry perjalananku mencapai master ni..

Thanks yg x terhingga buat MIL & FIL sbb dlm keuzuran masa dan tenaga, masih sempat menghadiri majlis konvekesyenku ini..
thanks pada my lovely hubby & my most adorable kids for all your support !

Khamis, 3 Mei 2012

Mendaki Menara Taming Sari Di Melaka

Kami anak-beranak, kalau nak bercuti sekejap-sekejap ( cuti yg amik masa sehari..xyah bermalam..) biasanya kami memilih Melaka…salah satu sbbnya kerana,
1) Melaka dkt ngnMuadzam..kira2 3 jam perjalanan,
2) banyak tempat boleh pegi..
3) Tempat2 menarik dekat2..x yah drive jauh2 utk pegi ke satu2 tempat..
4) kos nya murah..nak masuk ke satu2 tempat x mahal sgt..
haaa...ok x sebab musabab kami memilih melaka..( nampak gaya boleh jadi duta pelancongan melaka nih..!!)

So, salah satu tarikan kt Melaka ni  ialah Menara Taming Sari.  Menara ni agak tinggi, kira-kira 110 meter..agak-agak setinggi bangunan baper tingkat yer… 

Bayaran nak masuk kt sini agak berpatutan, kira ok la dgn bajet kami iaitu RM20 utk kami yg dewasa ni dan sepuluh hinggit sorang utk anak2 kami..tapi kami dapat diskaun sbb pemegang Mykad,dpt diskaun!
Sebelum naik….main bubble dulu…!!

Menara ni dibuka dr pukul 10.00 pagi hingga 10.00 mlm…tapi disebabkan kami anak-beranak nak tgk panorama mlm ktMelaka, so kami pilih utk “mendaki” menara ni pada waktu malam…
Pandangan dr ketinggian yg x berapanak tinggi.baru start naik..
Antara pemandangan menarik yg menarik perhatian para pengunjung lelaki....
Pandangan Bandaraya Melaka dr puncak menara..sorry gambar kurang sharp...maklumlah photographer amatur...!

Masih mampu tersenyum walaupun cuak....Balqis berkeadaan cuak melampau...!!

Selasa, 1 Mei 2012

sessi pengenalan...me, myself

salam perkenalan semua...


baiklah, sebelum apa-apa, baik saya perkenalkan diri dulu, sbb tak kenal tak cinta..
saya ialah seorang ibu kepada 4 org kanak-kanak tercomel, isteri kepada seorang suami, pengajar kepada beratus pelajar ( ntah skrg dah beribu...x pernah kira!) dan juga baru jer melepaskan status pelajar ( mb dlm 2-3 bulan lagi bergelar pelajar balik..).

jgn terpedaya..ini mmg saya..tapi masa ni, saya 10 tahun lebih muda dari sekarang..!!

Anak2 saya,  3 puteri dan sorang jer putera, masing2 berumur 11, 8, 5 dan baru jer 40 hari ( semasa ditulis, hari ni! )...diorang semua adorable...playful dan kdg2 tu annoying jugak...nnt di lain entry saya cerita pasal diorang ok..sbb ni kan entry pasal saya..saya..dan saya ok..lagipun ni kan baru salam perkenalan..baru nak bukak buku chapter one..xleh terus jump kan...


anak2 yg ceriakan hidup saya..saja jer blurkan gambar..bagi suspense sikit..nnt entry lain saya cerita pasal diorang ya...

tertinggal...lg sorang...our newborn pride & joy..baby tecik..!!

ok, my husband pulak..ok la..nak kata hensem, bolehlah tahan, yg penting muka x hensem takper..janji hati hensem & awesome..!! tapi manissss sgt walaupun ramai yg ckp mukanya mcm bengis semacam, seswai sgt dgn kariernya pun kan..cikgu gitew..


asalnya saya ni org klate, tapi ramai yg tak caya, mb sbb saya ni pun kurang comey kan gitu, rata2 org ingat saya ni orang JB, ataupun Selangor ataupun ramai ingat saya orang Keyy Ell, urban sangattt...tapi bila dah mixed ngan org kedah ( my hubby ) dan stay kt Pahang, saya pun dah tak tahu identiti (???) asal saya..yg penting, saya ni melayu, org Malaysia dan Islam...

Kat Pahang ni, saya dok kt Muadzam..kt ceruk mana la pulak Muadzam ni yer...??? Pernah dengar tak? ok, nnt saya akan buat special entry untuk Muadzam.


inilah tempat tinggal saya...bestari..
Kerjaya saya?? Owh, saya suka sgt kerja saya sekarang..sebenarnya, kerjaya ni baru tahun ke4, sebelum ni saya keja kt industri yg betul-betul hectic, mmg pressure sgt tinggi, hari2 bz, tapi skrg saya happy, dan karier saya sebenarnya adalah satu terapi bg saya...tapi kalau ditanya cita-cita asal..sememangnya cita-cita suci saya adalah menjadi suri rumah yg penyayang, baik hati, setia, peramah..bla..bla..

Alamak..ada lagi..sebenarnya, kt umah kami ada lagi seorang (?)..seekor..penghuni, namanya memei..bukan memey norman hakim tu ya..yg tu mmg saya tak bagi masuk umah!!
memei!!